
Tuduhan oleh PAS bahawa kerajaan membuat deal secara luar tabii dalam penyediaan rangkaian gentian optik di sepanjang jajaran rel kereta api adalah lebih bermotifkan politik dan tidak masuk akal sama sekali.
Tuduhan sebegitu adalah sekadar modal politik murahan PAS di PRK Ayer Kuning sahaja. Padahal memang sudah jelas tertulis dalam kenyataan akhbar bahawa YTL Communication Sdn. Bhd. memperoleh tawaran itu secara Request for Proposal (RFP).
Barangkali Ahmad Fadhli Shaari Ketua Penerangan PAS tidak faham apa itu maksud RFP, sebab itulah dia membuat tuduhan rambang dan kelihatan berlebih-lebihan dalam menggunakan ayat bagi mensensasikan tuduhan tersebut.
Politik cara begini tidak akan memajukan negara malah akan mengundurkan negara ini jauh ke belakang. Mungkin PAS perlu baca kenyataan penuh daripada Menteri Pengangkutan ini.
Kerajaan kini membenarkan syarikat telekomunikasi berlesen menyediakan perkhidmatan rangkaian gentian optik di sepanjang jajaran rel kereta api di seluruh negara, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Loke berkata keputusan itu dipersetujui menerusi satu memorandum yang dibawa beliau kepada Jemaah Menteri sekali gus membolehkan lebih banyak syarikat menyertai pembangunan infrastruktur digital negara.
Setakat ini, beliau berkata YTL Communications Sdn. Bhd. menerusi Request for Proposal (RFP) telah dipilih untuk mengoptimumkan penggunaan aset rel nasional bagi pembangunan rangkaian gentian optik berkelajuan tinggi.
“Sebelum ini, FiberRail Sdn Bhd ialah syarikat yang diberikan hak eksklusif untuk memasang gentian optik di semua laluan-laluan landasan kereta api.
“Dengan adanya satu keputusan dasar untuk merealisasikan wayleave ini maka syarikat-syarikat lain boleh dibenarkan untuk menggunakan laluan kereta api untuk memasang gentian optik,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Apresiasi dan Hari Terbuka Perbadanan Aset Keretapi (RAC) 2025 di sini hari ini.
Pada majlis itu, YTL Communications Sdn. Bhd. diumumkan sebagai syarikat pertama yang berjaya dalam RFP yang dilaksanakan RAC pada 2023 untuk membangunkan infrastruktur gentian optik di sepanjang 1,600 kilometer jajaran rel dari Padang Besar ke Johor Bahru dan Tumpat di Kelantan.
Loke dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyaksikan penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Bagi Pembangunan Rangkaian Gentian Optik antara Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Jana Santhiran Muniayan dan Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications Sdn Bhd Wing K Lee.
Sementara itu, Loke menegaskan hak eksklusif pembangunan rangkaian itu bukan untuk satu pihak sahaja tetapi ia terbuka kepada semua syarikat pembekal telekomunikasi yang layak.
“Ini adalah untuk kita pastikan, pertamanya kita ada lebih banyak rangkaian gentian optik ini untuk memastikan dari segi kita punya aspek digital dan komunikasi ini dapat dipertingkatkan.
“Ia juga memberikan pulangan yang tambahan kepada pihak RAC kerana semua wayleave ini akan memberikan pulangan kepada RAC setiap tahun,” katanya.
Sementara itu, RAC dalam satu kenyataan memaklumkan pelaksanaan inisiatif liberalisasi pembangunan infrastruktur telekomunikasi di sepanjang koridor kereta api milik RAC adalah sebagai langkah strategik untuk menyokong agenda transformasi digital negara.
“Langkah ini bertujuan membuka akses kepada pemain industri telekomunikasi berlesen melalui proses RFP sekali gus mengoptimumkan penggunaan aset rel nasional bagi pembangunan rangkaian gentian optik berkelajuan tinggi.
“Pelaksanaan inisiatif ini dijangka mampu menjana pendapatan baharu kepada RAC dan pada masa yang sama mengurangkan kebergantungan kepada dana pembangunan kerajaan,” menurut kenyataan itu.
RAC memaklumkan hasil yang diperoleh akan digunakan semula untuk pembangunan dan peningkatan industri rel, termasuk penyelenggaraan stok guling (rolling stock) dan stesen kereta api atau penambahbaikan fasiliti.

Hari ini sudah terbukti apa yang PAS tuduh ini tiada asas yang kukuh dan hanyalah sekadar fantasi Ketua Penerangan PAS ini sahaja. Berlebih lebihan sangat sampai orang akan menyampah dengan imej lebai dan agama yang cuba ditampilkan oleh PAS. Sewajarnya PAS perlu mengkaji dan menghadam sesuatu itu secara matang sebelum bersuara, Islam mengajar umatnya agar bersederhana dan jangan terlalu berlebih lebihan.
Makan diri sendiri balik bila berlebih lebihan ini. Ini ada satu fakta yang Fadhli terlepas pandang. untuk rekod ketika Kerajaan Perikatan Nasional memerintah sebelum PRU, YTL di anugerahkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) projek ini ;
“PROJEK PENYEDIAAN DAN PENYELENGGARAAN POINT OF PRESENCE (POP) HAB INFRASTRUKTUR GENTIAN OPTIK BERHAMPIRAN DENGAN SEKOLAH, KAWASAN PERINDUSTRIAN, PREMIS KERAJAAN DAN KOMUNITI SEKITARNYA OLEH KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA – FASA 2 (SABAH REGION) yang telah diputuskan oleh Tan Sri Annuar Musa Menteri KKM.”

Projek ini dilaksanakan di 7 zon seluruh negara. Kelulusannya telah diberi sebelum pembubaran parlimen PRU-15 kepada semua syarikat. Mengapa deal ini PAS tidak berlebih-lebihan tuduh sebagai luar tabii?
Inilah sikap double standard PAS. Makin menyerlahkan niat sebenar PAS memainkan isu ini hanyalah sekadar ingin memburuk buruk kan kerajaan bagi mengaut untung semasa kempen di PRK Ayer Kuning.
PAS kontang isu, isu kandang babi pun mereka terpaksa mainkan di Ayer Kuning dan termasuklah isu RFP gentian optik ini.