
Mengikut coretan di Facebook Khairy Jamaluddin, KJ telah “turun” di kawasan PRK Ayer Kuning yang terletak dalam Parlimen Tapah. Berkemungkinan besar KJ turun atas dasar meraikan rakan lamanya dalam Barisan Nasional iaitu Ahli Parlimen Tapah, Datuk Saravanan.

KJ menulis dia telah telah singgah sebentar di Tapah bertemu Datuk Sara dan makan tengah hari bersama di kedai kegemaran beliau yang telah lama diperkatakannya.

“Memang tajam selera Datuk Sara” kata KJ. Ulas KJ lagi, dia sempat bertemu rakan-rakan lama yang ‘turun’ sempena PRK Ayer Kuning. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan yang terlibat. Semoga sukses!.
KJ kelihatan makan bersama Datuk Sara dan pemimpin Barisan Nasional di Parlimen Tapah, turut sama kelihatan dalam gambar adalah bekas Setiausaha Politik Datuk Sara, Datuk Khamarulazlan Mohammad Hanafiah (suami kepada Datuk Rita Sosilawati).

Persoalan yang timbul sekarang, apakah KJ akan kembali semula ke pangkuan Barisan Nasional selepas ini? UMNO Bahagian Bahagian akan mula bersidang selepas 12 April ini, apakah maksud “dalam perjalanan ke utara” itu, KJ sedang menyusun kembali langkah untuk kembali semula ke dalam UMNO?
Mengikut kiraan, musim pertandingan dalam UMNO boleh berlaku dalam masa terdekat ini. Jika KJ kembali semua ke dalam UMNO, apakah posisi yang bakal KJ ambil dan di mana tapak bagi KJ untuk kembangkan semula kedudukannya dalam UMNO?
Harus diingat, KJ pernah dilamar untuk mengisi kerusi Parlimen yang dipunyai oleh MIC dan hubungan baik KJ dengan MIC masih lagi baik sebagaimana lawatan KJ bertemu Datuk Sara ini. Jika MIC membuka peluang untuk calon “direct MIC” dengan mengambil KJ sebagai calon mereka, orang UMNO tidak boleh menghalang.
Pastinya kehadiran KJ di Ayer Kuning ini akan memberikan seribu satu spekulasi, terutamanya kepada mereka yang berada di tingkat 34 PWTC. Kalau KJ turun lagi di Ayer Kuning selepas ini, pastinya itu ada petanda yang lain dari yang lain.