NexG Berhad tidak lagi dikuasai anak Muhyiddin Yassin sepenuhnya mafia korporat Victor Chin Boon Long

NexG Berhad atau dulunya Datasonic Group Bhd kini sah dikuasai sepenuhnya oleh mafia korporat Victor Chin Boon Long selepas pengumuman Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman bekas KSU MOT muncul sebagai pemegang saham utama baharu NexG Berhad selepas memiliki pegangan sebanyak 6.1% dalam Kuantum Juang Sdn Bhd. Nilai sahamnya mengikut harga semasa dalam RM 79 juta.

Beliau juga memperoleh sebanyak 291,357,750 waran kumpulan, mewakili 20.9% daripada jumlah waran terbitan NexG. 

Dalam perkembangan lain, NexG mengumumkan, Datuk Safian Mohd Yunus tidak lagi menjadi pemegang saham utama kumpulan, susulan beliau tidak lagi mempunyai kepentingan utama dalam Kuantum Juang Sdn Bhd.  Datuk Safian merupakan proksi kepada Datuk Fakhri Yassin anak Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam erti kata yang lain Datasonic sebelum ini dikuasai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Datasonic Group Bhd yang bertukar nama kepada NexG Bhd yakin dianugerahi lebih banyak kontrak kerajaan memandangkan kumpulan mengumumkan akan mengembangkan dan mempelbagaikan perniagaan, terutamanya portfolio pendapatan daripada syarikat swasta.

NexG memaklumkan pada suku ketiga tahun kewangan 2025 (3QFY25) melonjak 67.1% tahun ke tahun (YoY) kepada RM 26.2 juta. Peningkatan dipacu oleh pertumbuhan hasil dua digit pada suku itu iaitu RM97.9 juta atau mewakili kenaikan 21.6% YoY, didorongi oleh pembekalan kad pintar, pasport dan perkhidmatan peribadi yang mencatat pendapatan RM86.5 juta.

Apakah NexG boleh bertahan selepas mafia korporat Victor Chin Boon Long mengesuai Datasonic/NexG?

Beberapa artikel Malaysia Corporate sebelum ini membongkar mengenai Datasonic. Selain pengaruh mafia korporat

Sebelum ini Dato’ Razali, bekas Pengarah Urusan Datasonic dan bekas Pengarah Petronas, memegang saham yang signifikan dalam Titian Tegap. Saham ini berjumlah 133,846,000 dalam Datasonic, disebabkan hubungan rapat beliau dengan bekas Perdana Menteri TSM dan anak sulungnya, Datuk Fakhri. Dato’ Razali bertindak sebagai proksi, mengikut arahan Datuk Fakhri.

Daya Lestari Sdn Bhd memiliki 122,000,000 saham dalam Datasonic melalui penempatan Bumiputera pada harga 48.2 sen. Pemilik manfaat utama (UBO) adalah Dato’ Lim Chee Meng, seorang rakan rapat dan rakan kongsi perniagaan Datuk Fakhri Yassin. Beliau bertindak sebagai proksi untuk Datuk Fakhri.

Pada 21 Ogos 2018, Dato’ Lim Chee Meng, yang memegang 53.8% kepentingan dalam Taliworks, berjaya mendapatkan semula 90% daripada hutang tertunggak bernilai RM796 juta daripada Air Selangor, dengan hanya potongan 10%, menghasilkan penyelesaian sebanyak RM716 juta. Ini mungkin dicapai dengan bantuan Datuk Fakhri.

Menurut maklumat pemegangan saham sebeum ini, Datuk Fakhri mengawal sejumlah 386,348,000 saham melalui rakan rapat dan proksi beliau, Dato’ Safian Mohd Yunus. Ini termasuk 133,846,000 saham dalam Demi Mekar, 170,000,000 dalam Kuantum Juang, dan 82,500,000 dalam Hallmark Epitome. Selain itu, 133,846,000 saham dikawal melalui Titian Tegap melalui penama beliau, Dato’ Razali Mohd Yusof, dan 122,000,000 saham melalui Daya Lestari yang diuruskan oleh rakan perniagaan beliau, Dato’ Lim Chee Meng.

Secara keseluruhan, Datuk Fakhri secara langsung atau tidak langsung mengawal sejumlah 642,192,000 saham. Ini merangkumi 21.6% daripada Datasonic, berdasarkan 2,971,132,558 saham yang masih belum diterbitkan.

Pengerusi Eksekutif Datasonic pula adalah proksi atau penama kepada Datuk Fakhri dan akan mengikuti arahan beliau.

Pada bulan Jun atau Julai 2024, Dato’ Hanifah memutuskan untuk bekerjasama dengan penyokong tegar pembangkang Bersatu, Dato’ Safian dan Datuk Fakhri, serta memilih untuk bekerjasama dengan mafia korporat Victor Chin Boon Long. Beliau berjaya dilantik semula sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Datasonic Group Berhad pada 22 Ogos 2024.

Untuk mendapatkan sokongan kuat daripada Datuk Fakhri, anak sulung Pengerusi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, melalui Dato’ Safian, Dato’ Razali dan Datuk Lim Chee Meng, Dato’ Hanifah Nordin telah berjanji untuk membeli kira-kira 642 juta saham Datasonic dari 5 syarikat yang dikawal oleh Datuk Fakhri pada harga 55 sen, iaitu premium 31% lebih tinggi daripada harga pasaran 42 sen.

Penjualan sepenuhnya Kuantum Juang Sdn Bhd kepada Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman proksi Victor Chin sebahagian dari kawtim pengambila alihan Next G/ Datasonic.

Dengan harga penutup Datasonic pada 42 sen pada 20 Disember 2024, beliau membantu tokoh utama Bersatu, Datuk Fakhri, menjual 642 juta saham dengan nilai kira-kira RM353 juta, membayar premium besar sekitar RM83.5 juta.

Dato’ Hanifah, seorang juruaudit profesional, tidak mungkin dengan sengaja menanggung kerugian segera sebanyak RM83.5 juta!

Hanifah secara peribadi hanya memegang 224,675,400 saham Datasonic di bawah isterinya, Datin Popi Riandani binti Dody Muchtar, dengan nilai pasaran sekitar RM94 juta.

Memandangkan isterinya hanya memegang saham bernilai RM94 juta (8%) dan kebanyakan modal beliau telah diberikan kepada isteri dan anak-anaknya, adalah hampir mustahil untuk mendapatkan pembiayaan RM353 juta dari bank dengan hanya lanjutan projek MyKad dan pasport selama 6 bulan atau 1 tahun.

Oleh itu, beliau perlu bekerjasama dengan pasukan Victor Chin Boon Long untuk mencipta jalan cerita e-KYC digital untuk mengeluarkan RM40 juta daripada Datasonic pada awalnya.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Datasonic NexG tiada dividen interim suku tahunan diisytiharkan walaupun melaporkan Keuntungan Selepas Cukai sekitar RM17.8 juta untuk perjanjian korporat masa depan bagi mengalirkan dana dari syarikat.

Selain bekerjasama dengan Victor Chin melalui ahli pasukan utama untuk mencari cara mengeluarkan wang dari Datasonic dengan mengorbankan pemegang saham minoriti, Dato’ Hanifah meminta bantuan orang kanan Victor Chin Jurraine Ang untuk mendapatkan pembiayaan atau membantu menjual saham yang dijanjikan sebanyak 642 juta pada harga yang lebih tinggi daripada 55 sen kepada pihak mesra yang akan terus menyokong beliau sebagai CEO dengan kedudukan lemah hanya 8%.

Dato’ Hanifah mempunyai pengalaman luas dalam mempengerusikan mesyuarat dan mengatur perjanjian. Beliau mempunyai rekod menikam belakang individu termasuk Dato’ Saidin Tamby (1936–2017) pada tahun 1999, yang pernah membantunya dalam politik.

Dato’ Hanifah suka meninggikan suara dan membuat kenyataan tidak sesuai kepada sesiapa yang tidak bersetuju dengannya dalam mesyuarat.

Walaupun beliau hanya Timbalan Pengerusi Eksekutif, Pengerusi Eksekutif TAB, yang tidak memegang sebarang saham, berada di bawah pengaruh Dato’ Hanifah kerana Dato’ Hanifah telah melantik banyak penyokong Victor Chin Boon Long ke dalam lembaga dan boleh dengan mudah melantik semula Pengerusi Eksekutif TAB sebagai pengarah biasa.

Encik Azrul dari Urusharta Jemaah sama ada terlalu takut kepada Dato’ Hanifah atau Victor Chin atau terlalu lemah untuk mempertahankan hak kerajaan dalam Urusharta Jemaah dan semua pemegang saham minoriti Datasonic.

Kerajaan memegang 9% ekuiti dalam Datasonic.

Kerajaan sudah terlambat untuk melindungi dana awam dan menghentikan Urusharta Jemaah bekerjasama dengan Fakhri Yassin anak Tan Sri Muhyiddin untuk mengancam dan merugikan kerajaan. Syarikat ini nampak melalui Fakhri Yassin adalah pemberi dana kepada Tan Sri Muhyiddin Pengerusi Bersatu dan kini menyerahkan kepada Victor Chin Boon Long

Kerajaan MADANI sepatutnya mengatur jalan dan menghentikan semua perkara ini tapi sudah terlambat.

SPRM dan Jenayah Komersial PDRM sekalipun telah membuka fail mengenai Dato’ Hanifah semuanya sudah menjadi bubur.

Kerajaan sepatutnya mengarahkan Urusharta Jemaah untuk memfailkan injunksi bagi menghentikan baki bayaran RM36 juta kepada Revenue Berhad dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada januari lalu namun tidak berlaku. Azrul wakil Urusharta Jemaah nampaknya sudah di ‘kawtim’ oleh Dato’ Hanifah dan mafia korporat.  Kerajaan, SPRM dan PDRM sepatutnya membuat  siasatan forensik ke atas pemerolehan Innov8tif, dan menggantung jawatan dengan cuti taman selama 2 bulan untuk Ketua Pegawai Eksekutif Datasonic serta beberapa kolaboratornya, termasuk Jurraine Ang (Pegawai Strategi Khas), Pengarah Eksekutif Dato’ Hamid (rakan rapat Victor Chin), ED Puan Hajah Erna, dan rakan rapat Puan Hajah, Dato’ Shahril (Pengarah Perancangan dan Transformasi Strategik di Datasonic).

Next G pembuat dokumen penting kepada kerajaan jika pemegang saham seperti Dato’ Hanifah nanti digulingkan oleh Victor Chin sebagaimana mereka merampas syarikat senarai awam maka bayangkan betapa bahayanya kerajaan bagi projek dokumen sensitif. Kerajaan sepatutnya mengambil alih Datasonic atau Next G. Biarkan kerajaan memegang kuasa bagi projek dokumen sensitif.

Back To Top