Fantastic Four USA Dengan China, Dua Daripadanya Lahir Di Malaysia

Fantastic Four Amerika Syarikat diwakili oleh Lisa Su (AMD), Jensen Huang (NVIDA), Lip Bu Tan (Intel) dan Hock Tan (Broadcom). Keempat-empat mereka ini mewakili syarikat semikonduktor gergasi di dunia iaitu AMD, NVIDIA, Intel dan Broadcom.

Dua daripada team Fantastic Four Amerika Syarikat itu lahir di Malaysia iaitu Lip Bu Tan dan Hock Tan. Keempat-empat Fantastic Four Amerika Syarikat ini datangnya daripada generasi X.

Lip Bu Tan adalah CEO kepada Intel. Baru sahaja dilantik pada 18 Mac 2025. Berusia 65 tahun dan dilahirkan di Muar, Johor. Hock Tan pula adalah CEO of Broadcom Inc, berusia 72 tahun dan dilahirkan di Pulau Pinang. Hock Tan adalah antara CEO bergaji paling tinggi di Amerika Syarikat pada tahun 2017 dengan pendapatan sejumlah US$103.2 juta pada tahun tersebut.

China pula diwakili oleh generasi Milenials iaitu Lian Wen Feng, Wang Xinxing, Zhang Yiming dan Wang Tao. Mereka berempat dari team Fantastic Four China ini adalah pengasas kepada ByteDance, DJI, Unitree dan Deepseek. Fantastic Four Amerika Syarikat menguasai perkakasan (hardware) semikonduktor yang menjadi tulang belakang kepada setiap peranti moden.

Manakala China membawa teknologi AI, robotik, media sosial dan dron ke tahap yang baharu. Dari Silicon Valley, Amerika Syarikat ke HangZhou, China pertembungan Fantastic Four ini akan menentukan hala tuju teknologi global di abad ini.  Mewakili Amerika Syarikat, ada dua anak kelahiran Malaysia daripada Muar dan Pulau Pinang, sesuatu yang hebat buat Malaysia di mata dunia.

Back To Top