
Abdul Rani Kulup Fans dan Ahli Pemuda Pakatan Harapan Sarawak, Zairy Abdullah membuat dakwaan bahawa Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menerima RM10 juta daripada Ismail Sabri semasa beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Dakwaan itu hadir selepas tersebarnya Pecahan Perbelanjaan Pelan Komunikasi Strategik Kerajaan Malaysia 2022 (ketika zaman Ismail Sabri). Dalam pecahan itu, tertulis nama Akmal dalam kolum “Penyeliaan” pada perkara 3 melibatkan Pelan bertajuk Research dan Digital Seeding. Tertulis dalam kertas pecahan perbelanjaan itu, untuk perkara 3 melibatkan nilai kontrak bernilai RM10 juta daripada RM165.78 juta keseluruhannya.
Datuk Dr Akmal Saleh telah menafikan dakwaan itu dan mahu mengenakan tindakan saman terhadap pihak yang membuat tuduhan terhadapnya. “Perkara ini mudah. Jom jumpa di mahkamah” tulis Dr Akmal, Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Nampaknya “Akmal” yang dimaksudkan oleh Rani Kulup itu bukanlah Akmal yang menjadi Ketua Pemuda UMNO sekarang ini. Habis tu, Akmal yang mana?

Sebenarnya, ketika menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri mempunyai pasukan medianya sendiri yang diketuai oleh Dato Dini sebagai Pengarah Media Pejabat Perdana Menteri. Dibantu oleh beberapa orang Setiausaha Akhbar, Penolong Setiausaha Akhbar, Pegawai Khas dan Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perdana Menteri.
Akmal yang dimaksudkan itu adalah Akmal yang menjadi Penolong Setiausaha Akhbar dan pernah berkhidmat di bawah Dato Dini. Bersama dengan Akmal adalah Afnan yang dibawa bersama ke Pejabat Perdana Menteri daripada Malaysia Palm Oil Berhad (MPOB). Akmal yang dimaksudkan itu adalah dalam petak kuning dalam gambar ini.


Imej Akmal ini juga boleh dilihat dengan jelas pada tulisan logo Keluarga Malaysia. Pada huruf R, di bahagian bawah itu adalah wajah Akmal. Inilah kesilapan dan kegopohan pegawai pegawai Ismail Sabri, beriya-iya hendak berada hendak popular sampailah dalam logo Keluarga Malaysia pun hendak ada muka mereka sendiri. Ada dua orang lagi pegawai Ismail Sabri dalam logo Keluarga Malaysia ini selain darpada Akmal.
Memang betul Akmal yang dimaksudkan oleh Rani Kulup itu bukanlah Akmal yang menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia sekarang. Akmal itu adalah Akmal yang menjadi Penolong Setiausaha Akhbar Ismail Sabri di Pejabatnya dahulu. Memang Akmal itu uruskan media, Akmal yang seorang lagi itu doktor, lain profesionnya.

