Datasonic Group Bhd di bawah Datuk Hanifah Noordin dan penguasaan mafia korporate Victor Chin Boon Long akhirnya berjaya menukar nama Datasonic Group Berhad kepada NexG Berhad.
Media mengumumkan pemegang saham Datasonic Group Berhad telah meluluskan cadangan syarikat untuk menukar namanya kepada NexG Berhad (NexG).
Pada Mesyuarat Agung Luar Biasa Datasonic yang diadakan 21 februari para pemegang saham mengundi secara besar-besaran menyokong pertukaran nama kepada NexG.
Resolusi itu diluluskan dengan 58 pemegang saham, mewakili lebih 99.9% saham yang diundi, menyokong cadangan itu.
Perubahan nama itu atas alasan hasrat Kumpulan untuk menjadi peneraju dalam penyepaduan teknologi generasi akan datang, seperti AI, merentas aplikasi kerajaan dan komersial.
Perubahan nama ini adalah sebahagian daripada rancangan transformasi kumpulan yang diumumkan pada 13 Disember 2024.
Selain itu Datasonic juga mengumpul sehingga RM554.95 juta melalui terbitan bonus sehingga 1.55 bilion waran berdasarkan satu waran bagi setiap dua saham yang dipegang oleh pemegang saham.
“Transformasi Kumpulan kami akan menyelaraskan visi kami dengan permintaan yang semakin meningkat bagi dunia yang mengutamakan digital,” kata Datuk Hanifah Noordin, Pengerusi Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif Datasonic Group Berhad.
Datasonic Group syarikat yang dikuasai anak Tan Sri Muhyiddin menjadi kontroversi selepas penguasaan mafia korporat Victon Chin Boon Loong