Penggantungan Dr Azizi Abu Bakar: Kes Gangguan Seksual di Dewan Bedah HUKM

Baru-baru ini, tular dakwaan seorang ahli Lembaga Pengarah Universiti, UPM Dr Noraishah Mydin yang juga bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), bahawa Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menggantung tugas seorang doktor pakar, Dr Azizi Abu Bakar, tanpa bukti kukuh. Dakwaan ini mengundang kecaman ramai kerana Dr Azizi Abu Bakar dikatakan pakar dalam bidang Spina Bifida dan penggantungannya didakwa menjejaskan rawatan pesakit.

Namun, hasil siasatan dalaman mendapati bahawa penggantungan Dr Azizi Abu Bakar bukanlah tindakan sewenang-wenangnya. Sebaliknya, siasatan menunjukkan bahawa doktor pakar berkenaan didakwa terlibat dalam gangguan seksual terhadap seorang staf di HUKM. Seperti prosedur biasa dalam mana-mana organisasi profesional, seseorang yang disiasat atas tuduhan serius seperti ini perlu digantung tugas sementara menunggu keputusan siasatan penuh.

Persoalan kini timbul terhadap kredibiliti individu yang membuat dakwaan tanpa siasatan rapi. Dr Noraishah Mydin, yang juga pensyarah, penyelidik, dan ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membuat kenyataan melulu tanpa mendapatkan maklumat lengkap daripada kedua-dua pihak.

Dalam dunia akademik dan profesional, integriti adalah aspek utama yang perlu dijaga, dan menyebarkan maklumat tidak tepat boleh memberi kesan buruk kepada reputasi institusi dan individu yang terlibat.

Masyarakat perlu lebih berhati-hati dalam menerima serta menyebarkan sesuatu maklumat, lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan isu sensitif seperti gangguan seksual di tempat kerja.

 Tindakan menggantung individu yang sedang disiasat adalah prosedur biasa bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan adil dan bebas daripada sebarang tekanan. Justeru, adalah penting bagi semua pihak untuk mendapatkan fakta yang sahih sebelum membuat sebarang kenyataan atau menularkan sesuatu isu.

Perlukah Dr Noraishah Mydin atau sesiapa saja menyokong Dr Azizi Abu Bakar seorang yang terlibat dengan insiden gangguan seksual di dewan bedah kekal di jawatannya?

Back To Top