Bukti dokumen kepada Ketua Pengarah Jabatan Penjara tidak terima Titah Adendum Agong ke-16 laksana hukuman penjara tahanan rumah

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib bagi mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan titah adendum pada Januari tahun lalu bagi menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah.

Panel tiga hakim dalam keputusan 2-1 memerintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar merit semakan kehakiman yang dikemukakan. Najib nampaknya belum boleh kembali ke rumah!

Dua hakim Azhahari Kamal Ramli dan Mohd Firuz Jaffril bersetuju membenarkan semakan Najib manakala pengerusi panel hakim, Azizah Nawawi menyampaikan keputusan tidak bersetuju.

Benarkah Titah Adendum itu wujud?

Setakat yang dikemukakan oleh Peguam Najib ialah surat Istana Negara bertarikh 29 Januari 2024 (tanpa kepala surat dan tandatangan) dan surat Dato’ Hj Ahmad Khirrizal Ab Rahman Pengelola Bijaya Diraja sebagai bukti baharu bertarikh 4 Januari 2025 yang sepatutnya surat ini diberikan sejak tahun lalu.

Hanya Istana Negara boleh mengesahkan wujudnya titah addendum.

Tiada pengesahan dari kerajaan atau enam pihak lain membuktikan kewujudan Titah Adendum itu.

Titah Adendum tak pernah dibincang, dibangkitkan mesyuarat Lembaga Pengampunan

Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa Titah Adendum tidak pernah dibincang ataupun dibangkitkan ketika Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-61 pada 29 Januari tahun lalu.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, dalam hujahannya berkata perintah utama dikeluarkan pada Februari tahun lalu ialah mengurangkan hukuman ke atas Datuk Seri Najib Razak, dan ia adalah perintah yang sah serta muktamad.

Beliau menjelaskan bahawa perintah utama itu telah bersetuju untuk mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 kepada enam tahun, dan denda daripada RM250 juta kepada RM50 juta.

Katanya, perintah utama itu adalah satu-satunya yang ditandatangani dan dimeterai Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang mengurangkan separuh hukuman, (dan perintah itu) ditujukan kepada menteri ketika itu.

Shamsul menegaskan walaupun kerajaan tidak dapat menjawab afidavit terkini yang difailkan anak Najib, Datuk Mohamad Nizar, mahkamah tidak seharusnya membenarkan bukti tambahan itu diterima, kerana tiada usaha wajar dalam memastikan kesahihannya.

“Tambahan pula, terdapat isu bahawa perintah utama tidak boleh dicabar di mahkamah melalui semakan kehakiman.

“Oleh itu, usaha mengemukakan keterangan tambahan itu tidak seharusnya diterima oleh mahkamah, termasuk apa yang didakwa ada dalam adendum, dan termasuk surat kepada Mohamad Nizar yang didakwa mendapat kebenaran daripada Istana Diraja Pahang mengenai kewujudan adendum itu,” katanya.

Jabatan Penjara tak terima Titah Adendum Agong ke-16

Sementara itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu sidang media  mengesahkan Jabatan Penjara tidak menerima sebarang titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membenarkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Sebaliknya menurut Saifuddin pihak penjara hanya menerima surat daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri berkaitan pengurangan hukuman dan denda membabitkan Najib.

Surat yang Jabatan Penjara terima, tidak ada menyebut tahanan rumah dan sebagai jabatan yang melaksanakan perintah oleh Pengerusi Lembaga Pengampunan (Al-Sultan Abdullah).

Apa yang pasti minit mesyuarat terbabit tidak ada menyentuh mengenai tahanan rumah kepada Najib, Saifuddin mengesahkan bahawa perkara itu tidak ada dalam dokumen berkenaan.

Berikut merupakan bukti dokumen khas yang diperolehi oleh portal Malaysia Corporate arahan BHUU kepada Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia yang jelas menerangkan maksudnya. Sebahagian dokumen ini pernah tular di laman sosial sebelum ini.

Back To Top