Maszlee Malik Kini Berselindung Di Sebalik NGO Untuk Hentam HSR

Lama Maszlee Malik diam. Sekali sekala nampak dia bercakap di radio IKIM. Sudah bercakap bab lain, bab luar negara. Rupa-rupanya dalam senyap itu, Mazlee Malik menggunakan NGO yang rapat dengannya untuk bersuara tentang projek HSR.

Maszlee yang memang dikenali aktif dalam IKRAM bersama dengan NGO  iaitu Allied Coordinating Council of Islamic NGOs (ACCIN) untuk bersuara. 30 Disember 2024, ACCIN mengeluarkan satu kenyataan media memberi alasan lima sebab mengapa projek HSR tidak wajar diteruskan. Lima sebab yang diberikan oleh ACCIN itu lebih kepada sekadar kebimbangan dan kegusaran umum seorang rakyat terhadap semua projek pembangunan yang berlaku sebelum ini.

Misalnya mengenai alam sekitar, sudah ada prosedur pembangunan yang jelas dengan alam sekitar dalam Standard Operating Prosedure (SOP) dalam semua projek pembangunan negara sebelum ini. Ianya tidak sepatutnya dibimbangkan dan dijadikan isu sepatutnya oleh ACCIN. Lihat sahaja bagaimana projek ETS yang menghubungkan KL Sentral sampai lah ke Padang Besar, memanfaatkan seluruh rakyat. Malah pembangunan yang sedang dilakukan oleh ECRL kini juga mengikut SOP alam sekitar yang telah ditetapkan kerajaan.

HSR yang akan dibangunkan ini adalah inisiatif daripada swasta, kebimbangan NGO ini adalah secara rambang dan sepintas lalu sahaja. Lagipun syarikat yang dipilih untuk menjayakan projek HSR ini bukannya dipilih secara rambang dan tangkap muat sahaja, mereka sudah berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang ini.

Tidak sewajarnya ACCIN mengeluarkan kenyataan media tersebut melainkan ada seseorang (barangkali Maszlee) yang mahukan projek ini gagal disebabkan Maszlee tahu syarikat mana yang bakal menjayakan projek HSR terbabit. Sebelum ini bermacam-macam tuduhan dilontar dan ditohmah Maszlee terhadap syarikat tersebut, namun bila SPRM menyucikan syarikat itu, Maszlee diam membisu. Sampai hari ini tidak tampil pula mohon maaf atas apa yang dituduhnya.

Mengikut rekod, Maszlee yang aktif dalam program-program ACCIN. Hadir sebagai penceramah dan memberi ucapan utama dalam program-program yang dianjurkan oleh ACCIN. Jelas sekali, motif ACCIN mengeluarkan kenyataan media ini adalah kerana ada orang dibelakang yang menyuruhnya.

Orang itu kini diam, menyorok di belakang. Mengunakan NGO untuk menghentam terus menghentam dan memainkan persepsi terhadap syarikat yang dicemburuinya itu. Maszlee tahu ke siapa yang cadangkan HSR ini?

Back To Top