Hanifah CEO Datasonic gila duit, pecah amanah bersekongkol Mafia Korporat Victor Chin cuba lingkupkan Datasonic pembuat MyKad, Passport Malaysia

CEO Datasonic Datuk Hanifah Noordin  semakin gila kuasa dan wang. Beliau dilihat sering melawat ketua mafia Datuk Victor Chin Boon Long bersama Datuk Hj. Ab. Hamid Mohamad Hanipah dan orang kanannya Dato’ Syahril Abdullah yang mempunyai reputasi kurang baik pandai jual nama dan beraksi di depan pegawai kerajaan.

Demi wang Datuk Hanifah mengikut apa sapa saja yang diarahkan Datuk Victor Chin Boon Long. Melantik Tan Tong Lang sebagai Joint-secretary Datasonic, tukar registrar kepada Symphony Corporate Services dan melantik Malacca securities Sdn Bhd yang amat rapat dengan Victor Chin sebagai investment bank untuk pembelian Innov8tif Holdings. Tan Tong Lang setiausaha syarikat yang banyak mengurus syarikat berkaitan mafia korporat di negara ini menggunakan  Boardromm.com Sdn Bhd dan Aldpro Corporate Service Sdn Bhd. Begitu juga Symphony Corporate Services sebagai registrar.

Datuk Hanifah juga sering memainkan isu agama dan bangsa, mengurus Datasonic seolah-olah syarikat milik sendiri. Beliau sentiasa marah, mengugut kakitangan dan pengarah-pengarah Datasonic yang dia tak suka atau tidak mahu bekerjasama dengan cara mafia korporat Victor Chin Boon Long sekarang.

Persoalannya bagaimana Datuk Hanifah dan orang kanannya Dato’ Syahril memainkan isu Bumiputera tetapi lantik orang kuat Victor Chin Jurraine Ang (Chief Strategy Officer) serta berpakat dengan Datuk Puvanesan Subenthiran dan Victor Chin Boon Long yang bukan Bumiputera?

Hanifah dan orang kanannya Dato Syahril hanya pandai bercakap bohong dan sebenarnya hanya menggunakan isu Bumiputera untuk mengkebumikan sebuah syarikat Bumiputera yang mempunyai prestasi implementasi projek yang baik, menjimatkan beratus juta wang kerajaan dengan kualiti MyKad, buku pasport dan autogate yang jauh lebih murah dan baik dari segi kualiti dan sekuriti.

Datasonic yang mempunyai goodwill yang baik bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa, mempraktikkan “transparency, good corporate governance, meritocracy ” menjadi teladan banyak syarikat dan national aset sudah diturunkan nilai dan bukan ditambah nilai oleh pihak pengurusan yang beraksi sebagai syarikat gangster dan mafia.

Jenama Datasonic yang terlibat dengan “data”, aset paling mahal dari emas, sudah mempunyai “goodwill” yang baik dan nilai tinggi di antarabangsa, dan teknologi multi application ID, passport dan autogate dengan facial recognition yang bertaraf antarabangsa, best of the best dalam industri sekuriti dan boleh diekspot ke luar negara.

Penukaran nama ke Next Generation Berhad adalah satu keputusan yang bodoh dengan pemikiran yang sempit. NEXG, seolah NEX Gila!

Datuk Hanifah sudah bekerjasama rapat bukan sahaja dengan mafia korporat Victor Chin Boon Long tetapi dengan Proksi Parti Bersatu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden PN/Bersatu.

Bagaimana Dato’ Safian budak Bersatu BERSEKONGKOL dengan Datuk Hanifah dan
Victor Chin Boon Long?

Dato’ Safian jual 10 juta saham Datasonic pada 11hb Disember dan 10 juta saham lagi pada 12hb Disember dengan harga 55 sen, iaitu 12 sen atau 28% lebih tinggi daripada harga pasaran 43 sen.

Penjualan tersebut dengan harga yang luar biasa disyaki ada elemen rasuah atau CBT kerana terjadi satu hari sebelum mesyuarat khas lembaga pengarah meluluskan due diligence report dan pembelian 51% equity saham Innov8tif Holdings yang ditubuhkan dalam tahun 2023, dijual 5 kali dengan cara terdesak-desak serta harga yang tinggi sebanyak RM40 juta daripada Revenue Berhad yang dikawal mafia korporat Victor Chin dan budaknya Leong Seng Wui.

Leong Seng Wui terlibat dalam kelima-lima penjualan Innov8tif Holdings termasuk terbaru dari Revenue Group ke Datasonic Holdings.

Siapa tidak kenal Leong Seng Wui, Pengarah Eksekutif Revenue Group dan Hong Seng Consolidated? Terlibat kes CBT di Syarikat Classita Holdings Bhd (Caely Holdings) tahun 2022. Kes ini melibatkan Victor Chin Boon Long. Kes Classita Holdings masih tidak didakwa hingga sekarang sekalipun fail forensik pernah didedahkan di media sosial dan kenyataan media polis tahun 2023.

Sekarang mafia korporat Victor Chin dan Leong Seng Wui mengheret CEO Datasonic Datuk Hanifah untuk merampas syarikat pengeluar kad pengenalan MyKad dan Passport Malaysia ini.

Fail kes jenayah: Leong Seng Wui kes pecah amanah (CBT) tahun 2022.
Lebih 20 laporan kes mengenainya. Tidak didakwa oleh AG hingga kini

Faktanya jelas Innov8tif Holdings dijual banyak kali dengan dengan cerita-cerita atas angin yang lebih sama (cara laporan Bursa Malaysia sama) tetapi dengan harga yang semakin tinggi, dan profit guarantee kepada Datasonic ialah amat rendah, iaitu 51%x (RM2.5 juta +RM3 juta) atau RM2.8 juta (7%) daripada harga pembelian setinggi RM40 juta. Ini bermakna kalau Innov8tif gagal mencapai matalamat kewangan, Datasonic akan menanggung kerugian sebanyak RM37.2 juta!

Datuk Hanifah CEO Datasonic jelas mempunyai kepentingan sendiri, ada rundingan dengan Victor Chin dan Dato Safian Yunus sehingga menjual 20 juta sahamnya. Beberapa kali lembaga pengarah Datasonic membangkitkan persoalan jusifikasi mengapa perlu beli Innov8tif dengan cara tergesa-gesa dan harga yang amat tinggi, melantik orang-orang yang rapat dengan Victor Chin seperti Tan Sri Mohd Khairul Adib, Datuk Punavesan, Datuk Zainal Abidin sebagai pengarah untuk memastikan Due Diligence dan pembelian 51% equity Innov8tif diluluskan pada 12 Disember 2024.

TAKTIK MAFIA KORPORAT NAIKKAN KOS PASSPORT RM69.33 KE RM100/RM110

Terbaru Datuk Hanifah dan Victor Chin menggunakan The Edge memaksa kerajaan bagi menaik harga kos sehingga 44%. Berdasarkan kontrak terdahulu, Datasonic dibayar kira-kira RM69.33 setiap dokumen. Jika kontrak baharu maka kosnya RM100 setiap salinan. Percubaan mereka ialah antara RM100 hingga RM115 setiap salinan. Bayangkan kika RM100 setiap dokumen, Datasonic berpotensi meraih RM300 juta setahun untuk membekalkan tiga juta pasport.

Bukankah ini gaya politik daripada Datuk Hanifah dan geng Mafia Korporat Victor Chin Boon Long?

PMX dan Menteri sensitif dengan konsortium yang mengandungi Mulbauer dari German dan agensi negeri Melaka yang pernah tercalar reputasi kerana rasuah mengapa Kerajaan Madani sangat senang Datuk Hanifah diperalat oleh mafia koporat menghancurkan Datasonic? Datasonic pembuat dokumen penting negara MyKad, Passport, MyTentera dan MyPOCA maka membiarkan mafia korporat menguasai Datasonic?

Menaikkan harga kos pengeluaran dokumen mengundang kemarahan rakyat dan kerugian kepada kerajaan. Dalam banyak peristiwa Mafia Korporat berharap kerajaan tidak melanjutkan kontrak, membuang semua pekerja, menjual asset, melabur di luar negara dan pastinya duit bakal habis dikerjakan oleh Datuk Hanifah, Parti Bersatu dan mafia korporat Victor Chin Boon Long.

Diharap SPRM terus menyiasat aduan pecah amanah CEO Datasonic Datuk Hanifah bersama Mafia Korporat yang diketuai Victor Chin. RM40 juta berapa banyak mereka ‘cash cow’ dari syarikat Innov8tif Holdings itu.

Suruhanjaya Sekuriti juga perlu menyiasat bagaimana syarikat Innov8tif Holdings bertukar tangan 5 kali dan dinaikkan harga (Mark up) daripada RM17.5 juta hingga RM40 juta oleh Lembaga Pengarah yang sama Leng Seng Wui budak suruhan Victor Chin Boon Long.

Back To Top