Persepsi Terhadap YTL Semakin Seimbang, Saham Turut Melonjak Naik

Sejak pertengahan Ogos tahun ini, saham YTL yang berada pada paras RM3.47 pada ketika itu telah menurun kepada RM1.98 pada 28 Oktober 2024. Sentimen pelabur banyak dipengaruhi oleh berita-berita yang lebih kepada spekulasi dan persepsi terhadap YTL pada ketika itu hingga menyebabkan sahamnya menurun. 

Sejak kenyataan media SPRM pada 31 Oktober 2024, saham YTL mulai seimbang kembali sehinggalah hari ini, 25 November 2024, harga saham YTL Power International Bhd dan syarikat induknya YTL Corporation Bhd melonjak dalam dagangan awal. Setakat 10.50 pagi hari ini, YTL Power muncul sebagai salah satu pemenang tertinggi, menambah 20 sen kepada RM3.10. Saham tersebut mencatatkan 16.18 juta saham diperdagangkan. 

Sahamnya naik sebanyak 7.6 peratus kepada RM3.12 berbanding harga penutupan Jumaat lalu RM2.90.  Sementara itu, harga saham YTL Corp naik sebanyak 8.5 peratus kepada RM1.92 daripada harga penutup Jumaat lalu RM1.77.

Sehingga kini, harga saham YTL Power meningkat 20.62 peratus atau 53 sen, manakala YTL Corp menyaksikan sahamnya merudum 1.04 peratus atau dua sen.

YTL Power telah mendapat perhatian selepas siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap YTL Communications Sdn Bhd yang dimiliki 60 peratus, yang terlibat dalam projek 1BestariNet.

Bagaimanapun, sejak SPRM mengeluarkan kenyataan pada 31 Oktober 2024 agar semua pihak termasuklah orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung 1BestariNet, nampaknya ianya memberikan impak yang seimbang dan adil kepada pihak YTL.

Dalam kenyataan pada 31 Oktober tu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyataan “Pada masa ini, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan, kerana siasatan ini melibatkan pertikaian teknikal berkaitan penyampaian projek antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan YTL Communications,”.

Ianya susulan daripada kenyataan media YTL pada 4 September 2024 yang mengesahkan ada menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan maklumat berhubung projek 1BestariNet.

Dalam kenyataan itu, YTL menjelaskan  sedia bekerjasama dengan SPRM bagi membantu siasatan kes terbabit, selain percaya ia akan diselesaikan sewajarnya. Sejak kenyataan media ini dan selepas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, nampaknya persepsi terhadap YTL mulai seimbang dan reda.

Biarlah SPRM menjalankan proses yang sedia ada dengan sebaiknya berdasarkan bukti-bukti yang ada. Orang ramai perlu menilai dengan sebaiknya yang mana satu spekulasi dan yang mana satu berita berinformasi. Semak dulu sesuatu perkara sebelum membuat apa-apa kesimpulan. 

Back To Top