Inilah padahnya bila kurang membaca dan tidak mengemaskini maklumat yang ada. Terus beri kenyataan semata-mata berdasarkan laporan artikel dari luar negeri semata-mata. Amat mengecewakan bila pandangan itu memberikan imej dan kesan yang tidak baik pada keseluruhan projek yang sedang diusahakan dengan baik dan sudah mencapai tahap 100% siap.
Projek Gemas-Johor Bahru Electrified Double-Track Rail (Gemas-JB EDTP) sudah 98.1% siap. Projek yang dilaksanakan oleh konsortium CRCC-CREC-CCCC dari China sebagai kontraktor utama. SIPP-YTL dilantik oleh consortium tersebut sebagai subkontraktor Malaysia.
Dalam satu artikel Free Malaysia Today bertajuk “Clear the air over Gemas-JB rail project delays, govt told” yang memetik pandangan dari Wan Agyl Wan Hassan, menyatakan bahawa rakyat perlu diberi tahu tentang sebab projek tersebut ditangguhkan dan tidak boleh terus dibiarkan berada dalam kegelapan tentang sebab sebenar projek tersebut ditangguhkan.
Kenyataan daripada think thank yang bernama Wan Agyl Wan Hassan ini adalah tidak berasas sama sekali, barangkali dia tidak membaca sepenuhnya berita yang menyatakan 98.1% projek ini sudah pun disiapkan. Think tank yang baru sebulan diasaskan ini juga barangkali terlepas pandang membaca jawapan yang sudah diberikan oleh Menteri Pengangkutan dalam NST empat hari lepas.
Dalam kenyataan itu, secara terang lagi bersuluh (bukan lagi dalam kegelapan) sebagaimana yang cuba dipropagandakan oleh Wan Agyl Wan Hassan, Menteri Pengangkutan menyatakan tentang electrification setbacks yang menjadi punca utama penangguhan projek tersebut.
Mengapa tinggal lagi 1.9% yang belum disiapkan? Ini kerana ada minor adjustments yang sedang dilakukan oleh pihak kontraktor. Tidak sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh Wan Agyl kononnya kerajaan Malaysia tidak update dan memberitahu kepada rakyat situasi sebenar projek tersebut.
Wan Agyl ketika memberikan pendapatnya dalam FMT hanya memberi respond kepada laporan dari Singapura ini “Electric train service that will link Johor Bahru to north Malaysia hits another roadblock” yang bertarikh pada 6 November 2024. Mengapa Wan Agyl tidak membaca respond Menteri Pengangkutan dalam NST yang bertarikh 5 November 2024 bertajuk “Gemas-JB Rail line almost completed; to operate by 1H 2025”.
Barangkali bukan salah Wan Agyl, dia hanya bergantung sepenuhnya kepada laporan dari luar negara untuk memburukkan dan mengeruhkan situasi dalam negaranya sendiri. Jika beginilah pemikiran seorang pemikir (think tank), dia sebenarnya tidak layak untuk memberikan pendapat kerana pendapatnya tidak tepat dan melencong jauh sama sekali. FMT patut mengeluarkan terus pendapat think tank yang boleh memberikan imej buruk pada negara ini.
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang patriotik, sepatutnya kita berbangga bila projek ini sudah disiapkan hampir 100%, tinggal lagi 1.9%. Itupun dahulu tertangguh kerana pandemik COVID-19 dan masalah pengambilan tanah. Dah sudah diperjelaskan oleh pihak Kementerian Pengangkutan dan kontraktor sehinggalah mencapai tahap 98.1% siap.
Jangka masa projek bila akan siap pun sudah diumumkan oleh Menteri Pengangkuan. Bila projek ini siap, perjalanan antara Johor Bahru ke Kuala Lumpur akan mengambil masa 4½ jam sahaja berbanding 7 jam menggunakan keretapi diesel sebelum ini. Dengan keupayaan membawa 3,000 penumpang sehari tentunya membawa manfaat yang besar kepada rakyat.
Oleh itu, Wan Agyl berhentilah mengelirukan rakyat. Berilah pandangan berdasarkan maklumat betul dan tepat. Terima kasih. Oh ya, ada terbaca dulu Wan Agyl pernah bising juga pasal mahakaya nikmati subsidi minyak, sekarang diam pula dan tidak hentam lagi golongan mahakaya tersebut. Ada apa-apa ke?
Surat Pembaca
Rakyat Segamat Yang Prihatin.
Penafian Artikel:
Artikel ini diterima melalui saluran email, dan pihak editorial kami tidak terikat dengan pandangan yang diutarakan oleh penulis artikel ini. Pandangan yang disampaikan adalah sepenuhnya milik penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian atau pendapat pihak editorial.