Polis Rampas Seterika dalam Siasatan Kes Buli Kadet UPNM

Polis merampas seterika dipercayai digunakan dalam kes seorang pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) mendakwa dibuli seniornya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata rampasan itu untuk tujuan siasatan lanjut.

“Setakat ini, 16 individu direkod percakapan termasuk pengadu, suspek, pegawai kadet lain, staf, jurulatih dan pegawai perubatan,” katanya menurut Sinar Harian.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa diminta menggosok baju seniornya sebelum ditekap seterika dalam kejadian 11.45 malam 22 Okt lalu di bilik asrama UPNM.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan selepas menerima laporan mangsa berusia 20 tahun pada 8.23 malam Jumaat lalu.

Back To Top