GISBH platform ajaran sesat & jenayah: Kini anak Abuya dakwa jadi mangsa dera, dirogol pemimpin GISBH

Anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu, Ummu Atiyah, tampil mendedahkan pernah menjadi mangsa keganasan serta “dirogol” oleh seorang pemimpin GISB Holding Sdn Bhd (GISBH).

Pada sidang media di ibu negara hari ini, anak Ashaari atau lebih dikenali sebagai Abuya iaitu, Ummu Atiyah, 41 mendakwa dia menjadi mangsa rogol kepada seorang pemimpin GISBH yang ingin menikahinya secara paksa.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika dia dilarikan pemimpin berkenaan ke Turki.

“Saya sangat menolak saya memang tak nak (kahwin dengannya), sebab (dia) seorang yang tua, boroi, memang saya geli, saya jijik (dengannya),” katanya.

Pengerusi yang Boroi ke?

Ummu Atiyah mendakwa ketika dilarikan ke Turki, dia didera kerana enggan memenuhi kehendak pemimpin GISBH itu untuk bersama sehinggalah suatu hari dia dirogol lelaki berkenaan.

Jelasnya, pemimpin GISBH itu ingin menjadikannya sebagai isteri keempat secara paksa dengan mendakwa arahan supaya mengahwininya datang daripada arwah bapanya dan Rasul.

Ummu Atiyah mendakwa kejadian itu berlaku di Jordan apabila pemimpin itu menghantar mesej Whatsapp kepadanya untuk mengajak dia berkahwin sehingga memaksa dia melarikan diri ke rumah kawannya.

Ummu Atiyah

Menurut anak Abuya itu, pemimpin berkenaan dan pengikutnya kemudian datang untuk mencarinya dan meminta dia menyerah diri.

Dia juga diminta bersalam dengan pemimpin terbabit bagi tujuan bernikah.

“Salam itu dikira nikah,” kata Ummu yang menceritakan dia pernah berkahwin dan dipaksa untuk berpisah dengan anaknya.

Selepas berkahwin dengan pemimpin GISBH itu, Ummu berkata mereka berpindah ke Turki.

Katanya, di Turki, dia pernah dicucuh dengan pemetik api dan direndam di dalam kolam.

Ketika itu adik lelakinya yang merupakan pengikut pemimpin itu meminta dia menanggalkan baju untuk ditunjukkan kepada individu berkenaan.

“Kerana saya takut kalau mati sebab direndam lebih sejam, air dah banyak saya telan, sakit dada saya ni, saya terpaksa kata ya,” katanya.

Siapakah pemimpin GISBH yang tua dan boroi terbabit?

Pada Sept lalu, polis melancarkan Op Global bagi membongkar penyelewengan kumpulan GISBH yang membawa kepada penahanan beberapa pemimpin utamanya.

Op itu juga menyaksikan pihak polis berjaya menyelamatkan ratusan kanak-kanak yang menjadi mangsa eksploitasi kumpulan itu yang berselindung di sebalik rumah kebajikan.

Sementara itu bekas penjaga rumah kebajikan yang dikendalikan GISBH, Razali Rahmat pula mengakui bahawa kumpulan itu masih mengamalkan Aurad Muhammadiyah.

Razai Rahmat

Katanya, kumpulan itu juga turut bertindak kejam terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka termasuk melakukan penderaan.

“Saya kerap menentang sistem mereka, saya dikuarantin selama tiga bulan duduk di dalam rumah kecil, dalam hutan, kita tak boleh berhubung dengan dunia luar.

“Semasa dikuarantin saya kena baca Aurad Muhammadiyah sebagai syarat taubat, kita kena puji pemimpin (GISBH),” katanya pada sidang media yang sama.

Sementara itu seorang lagi mangsa GISBH yang hanya mahu dikenali sebagai Dalila Diyana mendakwa dua adiknya menjadi mangsa dera serta amang seksual.

Katanya, adik-adiknya menjadi mangsa liwat di pusat jagaan GISBH selain badan pernah ditekup dengan sudu panas.

“Adik saya dua orang adalah mangsa amang seksual liwat,” katanya.

Polis buat siasatan keterangan anak Abuya

Sementara itu Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad, Ummu Atiyah yang dikatakan pernah menjadi mangsa penindasan serta dikurung ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah merakam keterangan wanita berusia 41 tahun itu di Balai Polis Kuala Sungai Baru, Melaka pada 24 Sept lepas bagi siasatan lanjut mengenai dakwaannya yang pernah dikurung di sebuah bilik di rumah amal milik GISBH di Batu Hampar, Perak.

Beliau berkata wanita terbabit turut mendakwa dirinya dipaksa berkahwin dengan seorang pemimpin GISBH sebagai isteri keempat di Jordan ketika dia sedang melanjutkan pelajaran dan menguruskan perniagaan keluarganya di sana. Semua dakwaan dalam kenyataan media bekas GISBH akan disiasat terperinci

Back To Top