Sejak penghujung tahun lalu ura-ura Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bakal melaksanakan projek pemasangan Battery Energy Storage System (BESS) dengan kapasiti 100MW di Lahad Datu sudah diuarkan-uarkan selepas pembatalan rancangan penyewaan dua kapal tenaga (Karpowership).
Tenaga Nasional Berhad (TNB) pemilik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dilaporkan membuat perolehan tender secara terbuka yang ditutup 20 Disember 2023. Projek ini nampaknya lambat diputuskan biasalah para pelobi, syarikat kroni dan pegawai ‘kabel’ menyusun strategi memilih syarikat bersesuaian selain main tarik tali dengan Kerajaan Sabah.
Projek infrastruktur Sistem Simpanan Tenaga Bateri (BESS) berkapasiti 100 Megawatt (MW) dikatakan yang terbesar di Asia Tenggara.
Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Mohd Yaakob Jaafar awal September lalu tampil berkata, infrastruktur baharu syarikat utiliti itu bakal menambah baik kecekapan bekalan elektrik di pantai timur Sabah . Projek akan bermula bulan September 2024 dan siap 30 Jun tahun 2025.
Keputusan tender itu diputuskan oleh TNB pusat bukan kerajaan negeri atau kuasa syarikat SESB.
Dua hari selepas kemunculan Ketua Pegawai Eksekutif SESB mengenai pelaksanaan Projek BESS pada 13 September sebuah syarikat senarai awam SEAL INCORPORATED BHD dikuasai seorang taikun cina Semenanjung Chen Khai Voon atau Aaron Chen Khai Voon mengumumkan kepada Bursa Malaysia anak syarikatnya MSR GREEN ENERGY SDN BHD memperolehi tender Projek BESS bernilai RM645 juta.
Siapa Aaron Chen Khai Voon dan Seal Incorporated Bhd?
Aaron Chen Khai Voon jarang muncul dalam media selepas lebih 7 tahun menyepi dalam arena korporat apabila beliau berhenti menjadi pemegang saham utama dalam syarikat pemaju hartanah Tambun Indah Land Bhd dan Nadayu Properties Bhd.
Namun kembali popular selepas dicatatkan sebagai pencetus berita dalam dunia korporat pada tahun 2021 susulan penguasaannya dalam beberapa syarikat senarai awam. Rakyat Malaysia lebih kenal dengan Restoran Paparich namun kurang mengetahui bahawa pemiliknya ialah Chen Khai Voon. Satu-satunya kontroversi panas Chen Khai Voon ialah pada tahun 2020 apabila kes saman tuntutan hutang RM37.22 juta terhadap Papparich Group Sdn Bhd (PGSB) oleh Agathisfour Sdn Bhd dan rakan baiknya Lim Beng Guan di bawa ke mahkamah.
Beliau sekarang ialah pemegang saham terbesar bagi syarikat SEAL INCORPORATED BHD, GENETEC TECHNOLOGY BHD DAN TSA GROUP BHD selain punya ‘kabel’ besar dalam kerajaan dan GLC. Pernah menjadi pemegang saham utama Citaglobal Bhd (dulu WZ Satu Bhd) bersama rakan niaganya Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria- Group President and Chief Executive Officer sebelum menjual kesemua sahamnya pada 9 Januari 2023 dalam Citaglobal.
Syarikatnya KVC Group menguasai saham semua syarikat senarai awam miliknya.
Syarikatnya GENETEC TECHNOLOGY BHD yang diketuai oleh Chin Kem Weng (MD) kekal bekerjasama dengan Citaglobal Berhad melalui projek Sistem Simpanan Tenaga Bateri (BESS) menerusi prototaip BESS 1 Megawatt (MW) yang diumumkan april lalu.
Apakah Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Presiden Citaglobal ada kaitan projek BESS? memandangkan kedua syarikat ini mewujudkan syarikat JV 50:50, Citaglobal Genetec BESS Sdn Bhd (CG BESS) untuk membangunkan, mereka bentuk dan membina kemudahan pembuatan bersepadu untuk BESS, maka tidak mustahil GENETEC TECHNOLOGY BHD yang turut dikuasai Aaron Chen Khai Voon membekal MyBESS untuk MSR GREEN ENERGY SDN BHD.
MSR GREEN ENERGY SDN BHD, 80.71 peratus sahamnya dikuasai Aaron Chen Khai Voon melalui Seal Incorporated Berhad (16.96%) dan KVC Corporation Sdn Bhd (63.75%).
Pengarah MSR Energy Green ialah Koay Shean Loong, Group CEO kepada Seal Incorprated Bhd bersama Pengarah Eksekutif Madam Lee Swee Kheng.
BUNG MOKTAR DAPAT RM100 JUTA HASIL LOBI PROJEK BATTERY ENERGY
STORAGE SYSTEM (BESS) SABAH
Menurut sumber di belakang Projek BESS milik Aaron Chen Khai Voon ini ialah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang melobi di Putrajaya. Oleh kerana TNB pusat menentukan tender bukan SESB dan Kerajaan Negeri maka Bung Moktar bekas Timbalan Ketua Menteri dan Menteri KKR Sabah itu mendapat projek bernilai RM645 juta.
Pada tahun 2020 ketika Bung Moktar Radin menjadi Timbalan Ketua Menteri dan Menteri JKR Bung lebih awal melobi melaksana projek solar dan janakuasa bergerak berkeupayaan menjana 300 megawatt (Mw) tenaga di pantai timur Sabah. Beliau sendiri menyebut bakal melantik sebuah penyedia tenaga bebas (IPP) berkapasiti 1,000 Mw. Maka tidak menghairankan jika Bung Moktar melobi projek BESS di Lahad Datu itu dengan dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah.
Maka Bung Moktar juga yang untung. Aaron Chen Khai Voon telah membayar RM100 juta kepada Bung Moktar untuk lobi projek BESS ni. Bung telah menerima wang RM100 juta ini atas alasan duit untuk PRN Sabah demi UMNO Sabah namun parti belum lagi menerima wang itu. Bendahari UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam satu mesej yang tular menyebut UMNO/BN kekurangan dana pilihanraya dan mencadangkan kerjasama PH BN dan GRS dalam PRN.
Persoalannya mana wang RM100 juta itu? Bung Moktar dilaporkan tidak hadir majlis Hari Malaysia pada 16 September lalu kerana bercuti dengan wang RM100 juta itu ke Filipina bersama isterinya Zizie Ezette di Filipina. Seperti biasa Bung tidak pernah menyaluarkan wang hasil komisen projek kepada parti berbanding tujuan bermewah bersama isterinya, berjoli dan bermain judi kegemarannya berbelanja jutaan ringgit.
Projek BESS bakal merugikan Kerajaan Sabah
Sabah baru-baru ini mengumumkan Projek BESS terbesar Asia Tenggara. Projek diakui akan meningkatkan kapasiti rizab margin Grid Sabah pada waktu puncak dan menyokong penambahan kapasiti sumber tenaga solar berskala besar (LSS). Pencawang Masuk Utama (PMU) Jalan Dam, Lahad Datu 275 kilovolt (kV) dijadikan titik suntikan BESS.
Namun jika kerajaan salah melantik kontraktor maka Kerajaan Negeri akan menerima akibatnya tahun-tahun mendatang.
Umum mengetahui projek IPP dan konsesi yang dilantik sebelum ini, kerajaan negeri biasanya akan menanggung kos subsidi yang tinggi setiap tahun. Kos Stesen Janakuasa diesel milik IPP di Sabah dengan kos penjanaan setinggi RM0.98 / KWh yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan lebih RM1 billion setahun. Malah ada IPP Diesel yang usang terus disambung walaupun SESB terpaksa membeli dengan harga yang sangat mahal.
Berapakah kerugian yang akan ditanggung Kerajaan Sabah selepas pelaksanaan Projek BESS ini? Ramai tak sedar kos tersembunyi namun projek kroni dan ‘markup’ termasuk membayar rasuah RM100 juta kepada Bung Moktar kerajaan menanggung kerugian selepas ini.
Kos untuk mengecas (berdasarkan kos marginal yang dianggarkan pada 2.3 sen/kWh), menyimpan dan melepaskan 1 kWh berdasarkan harga kontrak sebanyak RM645 juta adalah 66.1 sen/kWh.
Semua ini dilakukan sebelum SESB diserahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Sabah beberapa tahun lagi. Ini bermakna selepas SESB menjadi milik Kerajaan Sabah maka kerajaan terpaksa menanggung kerugian hampir RM50 juta setiap tahun lagi. Kerajaan Sabah akan topup kerugian SESB ini atau membayar subsidi RM50 juta setiap tahun?
Akhirnya rakyat Sabah juga akan menanggung kerugian. Namun siapa yang untung?
Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette lah untung dapat RM100 juta!
SPRM digesa menyiasat taikun Chen Khai Voon dan Bung Moktar kerana rasuah RM100 juta ini. Di mana Bung menyimpan atau mencuci wang haramnya..