Sudah Lebih Sebulan, Apa perkembangan terkini siasatan Datuk palsu RedTone ?

Kuala Lumpur — Negara yang dikejutkan dengan laporan seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat telekomunikasi iaitu Ahli Lembaga Pengarah kepada syarikat Redtone Digital Berhad, Datuk Seri Badrul Hisham Abdul Aziz yang didakwa menggunakan gelaran Datuk Seri palsu kononnya kurniaan Sultan Pahang kini menanti apakah status siasatan berkenaan.

Menurut laporan beberapa portal media, satu laporan polis telah dibuat Tengku mahkota Pahang berhubung perkara itu pada 26 Julai di Kuantan, Pahang dan Polis telah merampas pelbagai peralatan Darjah Kebesaran Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) disyaki palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan menerima laporan polis daripada Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang mengenai penggunaan SSAP tidak wajar oleh penama sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, individu itu disiasat mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen 18, Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 kerana menggunakan gelaran tidak wajar bagi tujuan perniagaan.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM250,000 hingga RM500,000 atau penjara setahun hingga lima tahun atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, Menurut sumber TMC, Dato Badrul Hisham itu kini bersembunyi di hospital dengan memberikan alasan sakit bagi  mengelakkan beliau ditahan polis. Namun sudah terlalu lama beliau dilaporkan di hospital dan tidak diketahui penyakit apa yang sedang menimpanya kata sumber itu lagi.

Dalam pada itu menurut laporan media, REDtone — di mana Kumpulan Berjaya Bhd, milik ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun kini  muncul sebagai pemegang saham besar dalam Theta Edge pada Julai tahun ini dan kini mengawal 10% daripada saham syarikat tersebut.

Theta Edge yang kini sedang berusaha untuk mendapatkan projek integrasi sistem pengurusan sempadan pelbagai agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

REDtone terlibat dalam perkhidmatan telekomunikasi dan rangkaian telekom yang diuruskan, perniagaan Internet of Things (IoT) dan awan, serta pertanian pintar. Ia juga beroperasi sebagai penjual semula perkhidmatan internet Starlink yang disediakan oleh SpaceX milik Elon Musk.

Menariknya, REDtone juga muncul sebagai pemegang saham besar dalam HeiTech Padu pada 24 Ogos, dengan kepentingan ekuiti sebanyak 5.08%, dan sejak itu telah meningkatkan pegangan sahamnya kepada 6.38%.

Dan dilaporkan HeiTech Padu Bhd (KL ) telah muncul sebagai calon utama untuk mendapatkan kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) bernilai RM1 bilion, menurut sumber yang familiar dengan perkara tersebut lapor portal  The Edge.

Wajar PDRM segera menyelesaikan segera siasatan dan mendakwa jika terdapat bukti yang melampaui keragauan munasabah agar penggunaan nama pangkat yang tidak wajar ini dapat dihentikan.

Back To Top